-->
My FaNtAsY wOrLd

Miss Aresheqyien Milik MR IKAN PAUS

Kawan-Kawan yang baik hati berkongsi suka duka cerita

Pages

  • Home
  • Award
  • Contest dan GA

Mana Mak?


  Salam uolls...
mari lah kiter sama2 renungkan....
 kisah yang sgt memberi makna..
BAHAGIAN 1

Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.Ayah baru balik dari sawah.Ayah tanya Mak, “Along mana?’Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,  Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
 Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
 Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
 Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
 Ateh  menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
 Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"
 Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
 Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

 
 

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Penderma Aiskrim miss Aresheqyien at 11:11 AM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dah Baper Erk

counter

ShoutMix chat widget
[close]

Ting Tong....The Time Is

Hasil Contengan

  • ▼  2011 (65)
    • ►  November (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ▼  August (9)
      • Lirik Lagu-Nazam Lebaran
      • Mana Mak?
      • Mana Mak?
      • Kuih Kesukaan ku....BISKUT ARAB
      • Perempuan UTARA vs Perempuan SELATAN
      • NAK DUIT BALIK!!!!!!!!!!!!!
      • Penantian satu Kebahagiaan
      • Sesi maintenence kan blog....Hampir Siap....
      • Sesi maintenence kan blog....
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (11)
    • ►  January (27)
  • ►  2010 (17)
    • ►  December (17)

Sumber Inspirasiku

  • Hans
    Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris
    1 day ago
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    1 day ago
  • AbgFeroZ : beBaskaN jaRi aNda uNtuk berbiCara...
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
    1 year ago
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    5 years ago
  • Secubit Garam
    VICTORIA SANDWICH CAKE
    10 years ago
  • SolihinZubir.com

Warna Warni Kehidupan

  • MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong
    Lindungi ibu, bayi daripada jangkitan RSV
    53 minutes ago
  • ♥ A Long Journey ♥
    Fly High & Get Rewarded
    7 years ago
  • Simply Aku O'gosh...
    DIY Minifigure Wall Display From Pringles Tube
    9 years ago
  • Sweetmama ♥ ConWay
    2nd GA - KAIN PASANG
    12 years ago
  • * M O Y M O Y de Ngok Ngek gurl
    FIRTS TIME UPDATE MY BLOG !
    14 years ago

Mari Kita Lihat Budak Hyperactive

Get Code Here

Pakat Join Jom


Nak cari per ni??

Jom Join

Bersama Nuffnang

Banner ku yang chumell

Photobucket

Owner Blog Yang Sederhana Ini

My photo
miss Aresheqyien
olla...me adlah sorg gadis...suke usik org...suke kaco org...erm...juz wanna say...prenz with me and u will know who is me....
View my complete profile

Kiter Pon Der FB la......

Miss Aresheqyien

Create Your Badge

Penggemar Aiskrim

Laporan Lalulintas

Increase Your Google Page Rank
Backgrounds & Animated Backgrounds

Sticker membilang Umo Tuan Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

Stiker buat Mr Ikan Paus dan Mrs Ikan Paus

Daisypath Anniversary tickers
missaresheqyien copyright. Powered by Blogger.
Belog ini adalah belog persendirian,kisah suka duka si puteri belog ini adalah hak milik kekal dan tidak boley dicopy2 atau di jaja2.semoga hidup akan lebey ceria dengan belog
Free SpongeBob ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com