-->
My FaNtAsY wOrLd

Miss Aresheqyien Milik MR IKAN PAUS

Kawan-Kawan yang baik hati berkongsi suka duka cerita

Pages

  • Home
  • Award
  • Contest dan GA

Mana Mak?

BAHAGIAN 2

 Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
 Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
 Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.
 Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
 Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.Beberapa tahun kemudianMak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
 "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
 Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
 

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Penderma Aiskrim miss Aresheqyien at 11:15 AM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dah Baper Erk

counter

ShoutMix chat widget
[close]

Ting Tong....The Time Is

Hasil Contengan

  • ▼  2011 (65)
    • ►  November (10)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ▼  August (9)
      • Lirik Lagu-Nazam Lebaran
      • Mana Mak?
      • Mana Mak?
      • Kuih Kesukaan ku....BISKUT ARAB
      • Perempuan UTARA vs Perempuan SELATAN
      • NAK DUIT BALIK!!!!!!!!!!!!!
      • Penantian satu Kebahagiaan
      • Sesi maintenence kan blog....Hampir Siap....
      • Sesi maintenence kan blog....
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (11)
    • ►  January (27)
  • ►  2010 (17)
    • ►  December (17)

Sumber Inspirasiku

  • Hans
    Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris
    1 day ago
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    1 day ago
  • AbgFeroZ : beBaskaN jaRi aNda uNtuk berbiCara...
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
    1 year ago
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    5 years ago
  • Secubit Garam
    VICTORIA SANDWICH CAKE
    10 years ago
  • SolihinZubir.com

Warna Warni Kehidupan

  • MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong
    Lindungi ibu, bayi daripada jangkitan RSV
    1 hour ago
  • ♥ A Long Journey ♥
    Fly High & Get Rewarded
    7 years ago
  • Simply Aku O'gosh...
    DIY Minifigure Wall Display From Pringles Tube
    9 years ago
  • Sweetmama ♥ ConWay
    2nd GA - KAIN PASANG
    12 years ago
  • * M O Y M O Y de Ngok Ngek gurl
    FIRTS TIME UPDATE MY BLOG !
    14 years ago

Mari Kita Lihat Budak Hyperactive

Get Code Here

Pakat Join Jom


Nak cari per ni??

Jom Join

Bersama Nuffnang

Banner ku yang chumell

Photobucket

Owner Blog Yang Sederhana Ini

My photo
miss Aresheqyien
olla...me adlah sorg gadis...suke usik org...suke kaco org...erm...juz wanna say...prenz with me and u will know who is me....
View my complete profile

Kiter Pon Der FB la......

Miss Aresheqyien

Create Your Badge

Penggemar Aiskrim

Laporan Lalulintas

Increase Your Google Page Rank
Backgrounds & Animated Backgrounds

Sticker membilang Umo Tuan Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

Stiker buat Mr Ikan Paus dan Mrs Ikan Paus

Daisypath Anniversary tickers
missaresheqyien copyright. Powered by Blogger.
Belog ini adalah belog persendirian,kisah suka duka si puteri belog ini adalah hak milik kekal dan tidak boley dicopy2 atau di jaja2.semoga hidup akan lebey ceria dengan belog
Free SpongeBob ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com